Salam Ukhuwwah..

Posted in Uncategorized on August 7, 2008 by ukhuwwahislamiah

“Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri..”

Sumber kekuatan umat Islam adalah keimanan yang teguh kepada Allah SWT, dan kejayaan sesuatu umat dalam segenap aspek kehidupan adalah atas dasar perpaduan dikalangan ahlinya dan pengharapan yang sepenuhnya terhadap pertolongan daripada Allah  dalam keadaan umat tersebut bertaqwa kepada Allah SWT.

Sejarah telah membuktikan Bagaimana tentera Islam dibawah kepimpinan Solahuddin Al-Ayubi dapat mengalahkan tentera Arnold yang menjadi penentang kuat kepada umat Islam pada waktu itu. Asasnya adalah  perpaduan  dan ukhuwah yang dibina atas dasar keimanan kepada Allah.

Sebagaimana yang kita tahu corak penyusunan tentera Solahuddin dalam peperangan dengan meletakkan mujahiddin yang bangun pada waktu malam untuk mengerjakan solat tahajjud pada barisan hadapan untuk berhadapan dengan musuh. Akhirnya setelah peperangan demi peperangan diraih dan perluasan empayar Islam akhirnya membawa kepada sejarah yang gemilang dalam kehidupan umat Islam iaitu membebaskan Baitul Maqdis dari cengkaman Kristian.

Sahabat-sahabat mari kita rapatkan saf, mengatur barisan, satukan fahaman, jangan perbesarkan perkara-perkara khilafiah tumpukan perhatian kita perkara asas umat Islam iaitu akidah yang semakin hari semakin rosak dengan fahaman-fahaman dan ideologi barat agar kegemilangan Islam dapat dikembalikan. Amin Ya Rabb A’lamin…

EMPAT KETETAPAN ILAHI

Pertama: Rezeki – rezeki seseorang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t sebaik sahaja malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk meniupkan roh didalam kandungan ibu. Kita hanya mampu berusaha dan berikhtiar tetapi yang menetukan kejayaan usaha kita adalah Allah s.w.t

Kedua: Ajal – Ajal kita telah ditetapkan oleh Allah, bila masanya dan bagaimana. Hendaklah kita memohon kepada Allah agar Allah mematikan kita dalam keadaan yang baik dan beriman kepadanya.

Ketiga: Amalan – Segala amalan kita telah ditetapkan oleh Allah samaada baik atau buruk walau bagaimanapun manusia diberi pilihan samaada untuk memilih jalan yang baik atau buruk dan semua amalan perbuatan manusia berada dalam ilmu Allah sw.t. Moga kita ditetapkan iman dan amal dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah s.w.t.

Keempat: Kesudahan hidup – kesudahan hidup seseorang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t samaada baik dengan mendapt ganjaran syurga Allah s.w.t atau kesudahan yang buruk dengan siksaaan neraka. Maka hendaklah kita sentiasa berusaha melaksanakan ketaatan kepada Allah sw.w.t dan memohon agar Allah memberi kesudahan yang baik pada kita.