Akhlak & Tasawuf

SELAMAT DATANG KE PAGE AKHLAK & TASAWUF

Pengenalan

sahabat-sahabat akhlak dan tasawuf bukan sesuatu ilmu teori semata-mata. seseorang boleh memahami ilmu tersebut melalui pengamalan dan penghayatan terhadap ilmu yang telah dipelajari kerana ia berkaitan dengan jiwa manusia . demikian juga pesan guruku dimadrasah baitul qura’ di melaka. pesan beliau lagi seseorang yang ingin mengajar matapelajaran tersebut tidak lain hanya orang menempuhi jalan tasawuf itu sendiri iaitu jalan tazkiyatul nafs, mujahadah, mukhlis kepada Allah dan mengatasi masa-masa futur dalam ibadah kepada Allah, taubat dan sebagainya…..

pesanan ini bukan untuk antum sahaja tetapi kepada diri ana yang dhaif, fakir ila rabbihi….

Ramai golongan mempelajari ilmu tersebut tetapi tidak menggamalkannya. Imam Al-Ghazzali pernah mengungkapkan kata-kata yang cukup memberi kesedaran kepada kita tentang kepentingan ilmu dan amal iaitu “berilmu tetapi tidak beramal adalah satu kegilaan, beramal tetapi tidak berilmu tidak menjadi”.

Ramai juga golongan yang bertasawuf sehingga meninggalkan kewajipan lain seperti amr makruf nahi mungkar, jihad dan sebagainya sudah tentu perbuatan tersebut menyimpan daripada ajaran Islam yang sebenar.

terima kasih kerana sangup meluangkan masa untuk membaca sedikit kongsian ilmu daripada ana. Sesungguhnya setiap ilmu yangkita miliki bukan mlik kita yang maknawi tetapi milik Allah yang kita pinjam dan tetap dipersoalkan Allah diakhirat kelak akan kebertanggungjawaban terhadap ilmu tersebut.

tersebut…wallahua’lam.

Keperluan Kepada Ilmu

Segala puji bagi Allah Pemilik  Alam raya, yang Maha Agong dan berkuasa atas tiap-tiap ciptaannya. Selawat dan salam juga kepada Rasulullah, penghulu kepada sekalian nabi dan umat Islam dan juga kepada kaum keluarga baginda dan sahabat baginda s.a.w.

Dengan kesempatan yang ada saya akan cuba huraikan sedikit sebanyak tentang ilmu tasawuf bagi penuntutnya dan kepada sahaja yang bekeinginan untuk berjalan menuju Allah s.w.t dan tidak dapat tidak oleh setiap orang yang ingin mencapai keredaan Allah perlu menempuhinya. Bagaimana seseorang seseorang dapat melaluinya sekiranya tidak mempelajarinya? begitu juga bagaimana seseorang dapat melalui jalan yang betul sekiranya tiada penunjuk jalan dan tiada cahaya atau lampu yang menyinari jalan tersebut. Maka penunjuk jalan yang utama dan pertama dalam menempuh jalan tasawuf ialah Rasullullah s.a.w dengan berbekalkan cahaya ilahi yang Maha Agong.

Tujuan kita membicarakan ilmu ini juga adalah bagi mengelak daripada tersilapnya dalam memilih jalan yang salah gara-gara ingin segera sampai kepada matlamat tasawuf itu sendiri sebagaimana yang terjadi kepada segolongan jemaah pada hari ini. Akibatnya ramai yang terpesong daripada ajaran Rasulullah s.a.w dengan meninggalkan syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dengan alasan mereka tidak perlu mempelajarinya kerana telah mencapai maqam yang tinggi disisi Tuhan. Perlu ditegaskan disini bahawa dalam setiap perkara yang kita lakukan perlu didahulukan ilmu daripada amal dan daripada amal pula berbuahnya iman.WAllahua’lam.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: