Aliran Pemikiran Semasa

SEJARAH KELAHIRAN MAZHAB AKIDAH

Punca-punca dalaman

kemunculan mazhab akidah berlaku sebaik sahaja kewafatan Rasulullah s.a.w iaitu sewaktu perselisisihan pendapat siapakah yang lebih layak dilantik menjadi khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.

Pendapat pertama

Saad bin Ubadah adalh yang paling layak kerana beliau merupakan pemimpin kaum Ansar dan majoriti kaum Ansar menyokong beliau. Mereka berhujah bahawa kaum Ansar paling banyak membantu nabi dan cepat beriman kepada Allah s.a.w dan membantu nabi sewaktu penghijrahan Rasulullah ke Madinah Al-Munawwarah.

Pendapat Kedua

Mereka berpendapat bahawa pengganti Rasulullah mestilah terdiri daripada kaum keluarga baginda yang berketurunan Bani Hashim iaitu Saidina Ali Bin Abi Talib.Mereka berhujah kedudukan nabi adalah lebih hampir dengan beliau.

Pendapat Ketiga

Mereka berpendapat bahawa pengganti Rasulullah perlu terdiri daripada kaum Qurais kerana mereka menganggap Quraisy paling berpengaruh. Mencadangkan Saidina Abu Bakar sebagai pengganti Rasulullah s.a.w dan pendapat ini diterima majoriti oleh umat Islam dan akhirnya Saidina Abu Bakar as-Siddiq menjadi khalifah yang pertama.

Punca-punca luaran

Antara beberapa fakror yang mempengaruhi pemikiran umat Islam ialah:

  • Individu yang baru memeluk agama Islam yang terdiri daripada bekas penganut Kristian, Majusi, Hindu, Yahudi mereka masih berpegang teguh kepada agama lama atau amalan silam. Amalan  dan fahaman mereka menyerap masuk ke dalam Islam.
  • Kelompok jahat yang sengaja dirancang oleh musuh Islam seperti Abdullah Bin Saba’ yang merupakan bekas penganut agama yahudi yang memeluk Islam dan melampau-lampau dalam mengangongkan Saidina Ali
  • Penterjemahan buku-buku karya sarjana -sarjana bukan Islam pada zaman Pemerintahan Abasiyyah. 
  • Serangan ideologi oleh penjajah menghapuskan fahaman dan pengertian sebaenar mengenai Islam.

Banyak lagi faktor yang menyebabkan kelahiran mazhab akidah yang menyebabkan fikiran umat Islam menjadi kalut. Walau bagaimanapun Allah tidak akan membiarkan agama Islam dipermainkan oleh musuh Islam.Maka lahirnya mujadid (orang yang melakukan pembaharuan) dalam mempertahankan kesucian agama Islam daripada kekotoran ideologi-ideologi sesat. Mereka menggunakan hujah-hujah Al-quran, As-sunnah dan akal yang tidak bercanggah dengan Al-Quran dan As-sunnah.

Pada akhir kurun ketiga hijrah, muncul Abu Mansur Al-Maturidi yang berusaha menolak hujah-hujah golongan batil. Kemudian kemunculan Abu Hassan Al-Asya’ari memberi kekuatan kepada jemaah Ahl Sunnah Wal Jamaah setelah beliau keluar daripada kelompok Muktazilah. Walau bagaimanapun ramai sarjana-sarjana Islam yang mempertahan kesucian Islam diseksa, dipenjara dan dibunuh oleh penguasa yang zalim.Namun Agama Islam tetap dipelihara oleh Allah dengan janji-Nya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: