Jihad

 

PENGENALAN

 

       Memang tidak dapat dinafikan konteks jihad perlu diperkukuhkan oleh semua ummat

Islam khasnya. Ini kerana para penulis bukan Islam sememangnya tidak dapat dijangkau rahsia kejayaan pemimpin dan mujahid ummat Islam. Ini dibuktikan pandangan mereka membuat penilaian dari kaca mata pemikiran barat atau timur.

 

       Tetapi hakikatnya pandangan tersebut terlalu menyimpang dari kebenaran Islam dan

revolusi yang diamalkan  oleh  ajaran Allah s.a.w. Hanya orang  yang berilmu dan beramal soleh sahaja yang  berupaya  memahami  hakikat  jihad yang sebenar.

 

      Adapun begitu, terdapat orang-orang yang tidak mampu memahami hakikat keimanan

kerana  tidak  memiliki  pandangan  rohaniah  yang  mendalam  yang berhubung  dengannya. Mereka hanya menilai dan mengukur sesuatu berasaskan pertimbangan kebendaan (meterialis) semata-mata. Sudah tentu penglihatan ini akan gagal  untuk  membaca  rahsia kekuatan orang-orang yang  beriman  yang bangkit  dengan  dengan  kekuatan hidayah Allah serta  berjaya  menentang  dan menghapuskan  anasir  thaqhut dan  musuh-musuh Allah.

 

      Syarat utama tercapainya, kejayaan revolusi Islam dan terlaksananya kemenangan ini kalau dilihat dari kaca mata Islam ialah didorong oleh  keikhlasan  hanya kepada Allah  yang satu. Keikhlasan yang dimaksudkan disini ialah kebenaran, pembuktian, dan kekuatan iman.

 

      Kesimpulanya,dapat dirumuskan  bahawa kemenangan revolusi  Islam  yang diperjuangkan  oleh  orang mukmin  dapat   diperkukuhkan  oleh  orang-orang Islam semoga revolusi Islam ini  dapat  disebar  secara menyeluruh  dan mendalam keseluruhan muka bumi Allah dengan pimpinan  iman yang berjihad yang menuruti kaedah sunnah Rasulullah s.a.w dan nabi-nabi a.s.

Juga marilah kita  memanjatkan  doa agar  Allah memberi  kemenangan  dan  kekuatan kepada   para  mujahidin Islam  di lran ,Afhanistan, Palestin, Lubnan, dan  diseluruh  muka bumi Allah. Mereka bangun menentang musuh-musuh Allah. Sesungguhya, kalimah Allah terlebih tinggi dan kalimah syaitan pasti tewaskan . Amin….

 

1. Definasi Jihad

    1.1 Makna jihad secara etimologi

          Perkataan jihad (           ) adalah terbitan daripada perkatan al-juhdu (           ) yang terdiri daripada himpunan maksud al-Thaqah (             ), yadhom (           ), dan al-Masyaqqah (           ).

 

          Al-juhdu bermaksud: berkerja keras lagi bersungguh-sungguh, al-thaqah bermaksud: segala keupayaan al-masyaqqah: mengalami kesulitan dan kesukaran. Maka jihad bermaksud berusaha bersungguh-sungguh dengan menghimpunkan segala keupayaan yang termampu untuk melakukan sesuatu sehingga mengalami kesukaran dan kesulitan di dalam usaha tersebut. 

 

    1.2 Makna jihad menurut Al-quran

          Kata jihad dalam al-quran menunjukkan kepada beberapa makna yang berbeza, diantaranya:

 

          Pertama: memerangi kaum kuffar dan golongan munafiq dengan bukti-bukti . Allah berfirman :

wahai nabi perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafiq”(QS.at-Taubah[9]:73,At-Tahrim[66]:9)

          Allah juga berfirman dalam surah Al-Furqan:

“maka jangan lah kamu mengikuti orang-orang kafir maka berjihadlah terhadap mereka dengan A-Quran dengan jihad yang besar.”(QS.Al-Furqan[25]:52).

 

          Kedua: memerangi orang sesat dengan pedang dan perang. Allah berfirman dalam surah Al-Nisa’[4]:95:

“Allah melebihkan orang-orang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk( tidak berjihad kerana uzur) satu darjat. Kepada mereka masing-masing Allah menjanjikan pahala yang baik.dan Allah melebihkan orang-orang berjihad atas orang-orang yang duduk dengan pahala yang besar.” (QS. Al-Baqarah[2]:218)  

 

          Ketiga: memerangi diri sendiri (mujahadah al-nafs). Allah berfirman dalamsurah Al- Ankabut[9]:6:

“Dan barangsiapa yang berjihad, maka jihadnya adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Kaya dari semesta alam.”

       

           Keempat: memerangi syaitan dengan cara tidak mengikutinya kerana mengharapkan hidayah. Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut[29]:69

 “Dan orang-orang yang berjihad(mencari keredaan) kami,benar-benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jaln kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang berbuat baik.”

      

         Kelima: memerangi hati agar dapat berhubungan dengan Allah dan mendekatkan diri kepadaNya. Allah berfirman dalam surah Al-Hajj[22]:78:

“Dan berjihadlah kamu dijalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dan Dia telah memilih kamu dan sekali-kali. Dia tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesulitan.” 

 

   1.3 Makna jihad menurut sunnah Nabawiyah       

         Hadis-hadis nabawi tentang jihad sangat banyak dan mendukung penjelasan maknanya, diantaranya :

 

         Al-Bukhari meriwayatkan daripada sanad Abdullah Bin Amr, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga sehigga mereka mengatakan: ‘Tiada Tuhan Melainkan Allah’. Apabila mereka mengatakannya, maka mereka menjaga dariku darah dan harta mereka kecuali dengan haknya, sedangkan hisabnya adalah Allah azza wa jalla.”

 

          Abu Dawud meriwayatkan dengan sanadnya daripada Anas. Dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“ perangilah orang-orang musrik dengan harta-hartamu, jiwamu, dan lisanmu”

 

          Makna jihad hadis ini adalah berkorban dijalan Allah baik dengan harta, jiwa dan lisan untuk berjihad dijalanNya. Yakni , bahawa jihad di sini mencakupi jihad lisan dengan berbicara dan menulis dan jihad tangan dengan perang dan pedang serta jihad infaq pada jalan Allah.

 

          Setelah maengambil bukti-bukti dari sunnah nabawiyah, dapat mengatakan jihad dijalan Allah bererti mencurahkan segala kesugguhan , energy, harta dan jiwa di jalan Allah agar kalimah Allah menjadi yang tertinggi. Amal ini akan dibalas dengan sangat mulia dan sangat baik di dunia, yaitu kemenangan diatas musuh dan kukuhnya Agama Allah di muka bumi. Sedangkan balasan di akhirat, akan menjadi balasan yang sangat mulia dari Allah kepada hamba-Nya yang ikhlas, iaitu syurga.   

     

2. Pembahagian Jihad

    

    Ketahuilah sesungguhnya jihad itu ada dua pembahagian iaitu jihad am dan jihad khas. Pembahagian ini digunakan dalam Al-Quran dan As-sunnah.

 

2.1 Jihad Am

 

     2.1.1 Pengetian Jihad Am

                 

         Jihad am barmaksud usaha yang bersugguh-sungguh dalam perkara-perkara yang disukai Allah yang berkaitan dengan keimanan, amal yang soleh, dan menolak pekara yang dibenci oleh Allah daripada kekufuran, kebatilan, dan kederhakaan.

              

        2.1.2 Contoh jihad Am

 

        Fuqaha muslim berbagai zaman dianggap sebagai seorang yang mendalam ilmunya dalam urusan agama Islam, kerana mereka mampu ngistinbat hukm-hukum fiqih langsung dari Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Para fuqaha membahagikan jihad am ini kepada empat bahagian iaitu:

 

        Pertama: Jihadun Nafsi (memerangi hawa nafsu). Mereka menjelaskan bawa perang melawan hawa nafsu berada dalam empat aspek:

       

1.      Memerangi hawa nafsu dengan cara mengarah untuk mempelajari ilmu agama dan mengetahui kebenaran.

2.      Memerangi hawa nafsu dengan cara mengamalkan segala apa yang telah dipelajari dan difahami.

3.      Perang melawan nafsu dengan cara mengajar ilmu dan amal yang telah dipelajari kepada orang lain.

4.      Memerangi hawa nafsu agar bersabar dalam mengajarkan ilmu agama, berdakwah dan amar ma’ruf nahi munkar kerana menjadi sunnatullah seorang da’i pasti akan menghadapi tentangan yang menyakitkan daripada mad’u.

       

       Terdapat banyak ayat yang menjelaskan empat aspek dalam melakukan jihad melawan hawa nafsu. Walau bagaimanapun keempat espek ini juga dirangkumi dalam ayat:

 

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang saling berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.” (QS.Al-Ashr[103]:1-3).

 

       Ayat tersebut mengumpulkan iman (allazina amanu), amal soleh (wa’minush-solehat), ilmu dan mengajar (wa tawashau bil-haq),dan kesabaran dan menahan kesulitan(wa tawashau bish-shabr).

 

 

       Kedua: Jihadus-syaithan (jihad melawan syaitan).perang melwan syaitan, sebagaimana yang dikatakan oleh ulama salaf terjadi dalam dua espek penting:

 

1.      Memerangi syaitan dengan cara menentang keraguan yang dilemparkan dalam hati manusia, yakni bisikan yang menggoyahkan iman. Memerangi syaitan dalam espek ini dilakukan dengan cara iman, berzikir, istighfar dan membaca ayat-ayat Al-Quran, khususnya surah Al-Ikhlas dan surah mu’awwizatain diserai dengan memperbanyakkan membaca: “A’udzu billahi minasy-syaithanirrajim”.

2.      Memerangi syaitan dengan dengan cara meniggalkan berbagai perilaku yang menyimpang dari ajaran, perintah dan larangan Allah kerana syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan anak adam. Cara memeranginya adalah dengan cara bersabar untuk tetap taat kepada Allah, bersabar dari berbagai kemaksiatan, dan bersabar terhadap musibah yang menimpa di dunia, disertai dengan jalan mempersepir jalan yang dilewati syaitan dalam tubuh manusia dengan cara berpuasa dan zuhud. 

 

       Ketiga: Jihad Ahli Zhulmi wal-Mungkarat (berperang melawan kedhaliman dan kemungkaran)

 

       Jihad seperti ini adalah wajib menurut syara’ tetapi berbeza samaada fardu ain atau fardu kifayah menurut situasi yang berbeza:

       Jihad ini hukumnya fardu ain bagi orang yang melihat kedhaliman atau kemungkaran dan tidak ada yang tahu kecuali dia maka dalam keadaan tersebut wajib baginya mencencegah kedhaliman kan kemungkaran yang berlaku.

      Begitu juga ketika tiada orang yang mampu mencegah kedhaliman kecuali dia sendiri disebabkan kekuatan dan kekuasaan yang dia miliki. Atau, ketika dia melihatnya adajuga orang lain tetapi tiada seorngpun yang berani menentang kemungkaran dan kedhaliman tersebut maka wajib baginya mencegah sesuai dengan kemampuan yang ada.

      Jihad jenis ini menjadi fardu kifayah apabila sebahagian kaum muslimin telahmelakukan pencegahan manakala sebahagian yang lain berdiam diri.

      Memerangi para pelaku kedhaliman dan Ahl bid’ahdiklasifikasikan menjadi tiga tingkatan:

 

1.      Memerangi atau mencegah mereka dengan tangan (kekuatan dan kekuasaan)

2.      Memerangi mereka dengan lisan dan tulisan

3.      Memerangi mereka dengan hati 

 

Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dengan sanadnya daripada Abu Said, Rasullullah SAW bersabda:

 

“Barangsiapa daripada kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lisan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mengubah dengan hati. Itu adalah selemah-lemah iman”

            

             2.2 Jihad Khas

  

      2.2.1 Pengertian Jihad Khas

 Jihad khas ialah mengeluarkan segala keupayaan dalam memerangi orang-orang kafir dalam usaha menegakkan agama Allah samaada secara langsung iaitu melalui peperangan atau atau memberi pertolongan berupa harta, pandangan intelektualan atau sokongan kepada kumpulan Islam dengan meramaikan ahli kumpulan Islam yang menentang  golongan kafir atau pertolongan selain daripada itu.

Semua usaha dan pertolongan tersebut termasuk dalam pengertian jihad khas sekiranya tujuan peperangan itu adalah untuk memecah belahkan kekuatan kuffar serta meninggikan dan memuliakan agama.

      Seseorang muslim tidak akan terlepas daripada melaksanakan jihad khas walaupun telah melaksanakan jihad am kerana idak gugur kewajipan tersebut sehingga orang kafir dilemahkan.

      Termasuk pegertian golongan kafir yang perlu dilemahkan ialah setiap golongan musyrik, munafiq, mulhid(ateis), zindiq dan setiap orang murtad. Perlu juga difahami disini bahawa pemerintah sekular adalah diantara jihad khas kerana mereka bukan darikalangan kaum muslimin bahkan dikalangan orang-orang yang kufur dan murtad disebabkan oleh penolakan mereka terhadap hukum-hukum Allah SWT.

      

       2.2.2 Dua Bentuk Kewajipan Jihad Khas

      

  Kewajipan jihad khas itu terbahagi kepada dua bentuk iaitu fardu ain dan fardu kifayah . Imam An-Nawawi Rahimahullah  telah berkata dalam matannya Al-Minhaj: “ Jihad pada zaman Rasulullah SAW hukumnya adalah fardu kifayah, dan ada juga yang pendapat yang lemah mengatakan hukumnya adalah fardu ain adapun  selepas daripada zaman Rasulullah SAW itu jihad menentang orang kafir terdapat dalam dua keadaan sahaja:

  Yang pertama: orang kafir berada didalam Negara mereka sendiri dan terdapat daripada golongan orang Islam yang berkemampuan keluar berjihad, maka gugurlah tuntutan fardu kifayah kepada sekalian daripada baki kalangan orang-orang Islam.

  Yang kedua, orang –orang kafir telah memasuki Negara umat Islam maka wajiblah dengan tuntutan fardu ain kepada seluruh umat Islam untuk bangkit mempertahan dan menolak dengan apa sahaja yang paling mampu  dan sekiranya mampu untuk bersiap sedia  berperang, maka wajiblah dengan apa yang termampu pada golongan umat Islam sehingga orang fakir, kanak-kanak, orang-orang yang berhutang, hamba abdi untuk berjihad.”  

3.Pelaksanaan Jihad

 

  3.1 Jihad Dengan Hati

 

      Jihad dengan hati merupakan martabat keimanan yang paling lemah dan terendah. Jihad ini merupakan satu jihad yang semakin dilupakan sedangkan kewajipan itu tidak diberi ruksah kecuali beberapa syarat yang telah ditetapkan.

     

      Sesungguhnya ahli-ahli fiqh menganggap perbuatan berdiam diri daripada menghapuskan bid’ah dan kemungkaran merupakan satu dosa yang berkongsi dengan pelaku bid’ah dan kemungkaran tersebut kecuali dia dalam keadaan yang lemah untuk mencegahnya.

 

      Seseorang tidak boleh meninggalkan kewajipan Amr ma’ruf nahi mungkar kecuali dalam dua keadaan:

 

  1. Dia benar-benar yakin bahawa tindakannya melakukan amr ma’ruf nahi mungkar tidak             memberi kesan kepada mad’u . Suruhan, cegahan dan larangannya semuanya sama.

      2.   Pasti bahaya akan menimpanya akibat suruhan atau tegahannya itu.

 

     Selain itu jihad dengan hati bermakna bukan hati itu mati, tidak memarahi sesuatu kemungkaran tetapi hati menolak segala bentuk kemugkaran dan maksiat yang berlaku dihadapan atau dibelakangnya.

 

   3.2 Jihad Dengan Lisan

   

       Jihad dengan lisan bermaksud menyampaikan Islam kepada golongan kafir, munafiq, dan fasiq dengan dapat mengemukakan hujah kepada mereka. Rasulullah SAW bersabda:

 

“Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat”

 

      Jihad dengan lisan ini merupakan jihad yang besar kerana jihad tangan tidak dapat dilaksanakan kecuali dengan jihad lisan.

      Kawajipan jihad lisan adalah kepada seluruh lapisan masyarakat sehingga kepada golongan kuffar agar mereka tiada hujah dihadapan Allah kelak yang mengatakan mereka tidak mendengar  seruan dakwah.  Seruan yang disampaikan mestilah jelas sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Nahl ayat 35:

 

“maka tidak ada kewajipan atas para rasul, selain daripada(amanat Allah) dengan terang”

      Jihad ini tidak mungkin dilakukan kecuali oleh orang yang yang mempunyai tahap keilmuan yang tinggi, mempunyai hikmah,akhlaq mulia dan kepintaran lidah.

             Termasuk dalam pengertian jihad degan lisan ialah member peringatan dan nasihat sebagaiman firman Allah SWT:

 

    “Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesugguhnya peringatan itu bermanfa’at bagi orng-orang yang beriman”   

 

                                                                                                                                                                    Maka hendaklah dalam memberi nasihat agar seseorang melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya dengan menimbulkan didalam hati mereka perasaan takut akan Allah, dinyatakan berita-berita mengenai ancaman siksa, nikmat-nikmat syuga agar mereka terdorong dalam hati mereka untuk melakukan kebajikan dan kebaikan.

      Dalam proses jihad beberapa aspek yang perlu dineri perhatian oleh da’i iaitu mengutamakan perkara yang perlu diutamakan sewaktu penyampaian(tabligh). Diantara perkara yang perlu diutamakan ialah akidah daripada ibadah, kulliyat(dasar umum) daripada juzi’yyat(dasar khusus) dan dahulukan yang dekat daripada yang jauh.

      Selain itu perkara yang perlu diberi pehatian oleh seorang pendakwah ialah membersihkan diri, berhati-hati dan teliti agar penyampaiaan yang dilakukan tidak membawa fitnah kepada agama Islam.

      Seorang da’I juga perlu mengetahuidengan membuat kajian tentang tempat yang hendak disampaikan seruan tersebut seperti mengetahui pusat-pusat kesesatan dan bilangan bilangan penyelewengan dan adkah negeri itu negeri syiah atau sunni, apakah terdapat pengaruh komunis, freemasion, atau sosialis.

      Diantara cara-cara jihad dengan lisan ialah:

 

  1. Menyebarkan buku-buku Islam
  2. Mengadakan majalah, surat khabar dan pemplet yang menyampaikan kefahaman tentang Islam dan keadaan umat Islam.
  3. Syarahan atau mengadakan majlis ilmu dimasjid atau dirumah
  4. Melalui internet seperti membuka blog-blog yang dapat membincangkan masalah-masalah agama.
  5. Dakwah secara individu,ziarah dan kunjungan. 

 

 

 

 3.3 Jihad Pendidikan (Ta’limi)

 

         Jihad ta’limi ialah berusaha bersungguh-sungguh mengajar, memberi ilmu dan mendidik orang-orang yang mahu memahami dan menghayati Islam. Walaupun jihad ini kadang kala member pengertian yang serupa dengan jihad lisan tetapi terdapat perbezaan padanya iaitu jihad lisan ialah bersungguh-sugguh dalam menentang kedhliman secara lisan agar orang-orang yang berkenaan kembali kepada Islam.

  Ukuran kejayaan jihad ta’lim ialah apabila kita berjaya menyampaikan keilmuan yang sempurna kepada setiap orang muslim dan memberi tarbiah Islamiah yang sebenar, betul lagi sempurna. Diantara keilmuan yang perlu dikuasai oleh seorang mua’lim ialah Ilmu Aqidah, Ilmu Tafsir, Ilmu Hadis, Mustholahul Al-Hadis (Ulum Al-Hadis), Fadhail A’mal, Ilmu Fiqh, Ilmu Tasawuf, Ilmu Usul al-fiqh, Ilmu Bahasa Arab, Ilmu Sirah, Fiqhul-Dakwah, Ilmu Aliran pemikiran semasa yang menyeleweng.

 

Antara cara-cara jihad ta’lim ialah:

 

  1. Mengadakan kursus pendek iaitu sebaik-baiknya selama empat puluh hari.
  2. Mengulangkaji atau membaca bahan ilmiah secara bersendirian.
  3.  Mengulangkaji secara berdua supaya ilmu lebih bercambah.
  4. Membuka sekolah-sekolah agamaseperti mana yang dilakukan oleh ulama-ulama terdahulu.
  5.  Mengadakan halaqah atau usrah yang dapat mengajar pelbagai jenis ilmu agama  terutama di masjid-masjid.
  6. Mengadakan rehlah bersama ahli-ahli jemaah Islamiah. Cara ini sangat berkesan kerana boleh menggabungkan antara ilmu, da’wah dan a’mal.
  7. Mengadakan kelab-kelab atau persatuan-persatuan disetiap institusi pegajian, sekolah, jabatan dalam negara.
  8. Mengajar dan mempergiatkan aktiviti keagamaan disetiap sekolah. Tanggugjawab ini terletak pada pihak pentadbir dan guru disekolah serta disokong oleh ibubapa pelajar.
  9. Mengadakan pengajaran ilmu secara on-line dan menggunakan tenologi moden dalam menyampaikan ilmu.

   

 

 

   3.4 Jihad Dengan Tangan Dan Diri

 

         Jihad ini tergolong dalam jihad yang khas sekiranya dilakukan untuk menentang golongan kuffar yang menentang Islam ataupun kita mempertahankan negara daripada dicerobohi oleh musuh atau mengusir mereka dari bumi kita yang telah dijajahi atau menentang pemerintah sekular yang berselindung disebalik pakaian Islam. Allah berfirman:

 

$pkš‰r¯»tƒ ÓÉ<¨Z9$# ωÎg»y_ u‘$¤ÿà6ø9$# tûüÉ)Ïÿ»oYßJø9$#ur õáè=øñ$#ur öNÍköŽn=tã 4 öNßg1urùtBur ÞO¨Yygy_ ( }§ø©Î/ur 玍ÅÁyJø9$# ÇÐÌÈ  

“Hai Nabi berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafiq itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka”

 

        Walau bagaimanapun jihad ini boleh digolongkan dalam jihad am kerana termasuk juga dalam pengertian jihad tangan dan diri iaitu jihad menentang golongan yang murtad,  pemberontak yang menentang kerajaan Islam yang adil, orang fasiq, golongan yang melakukan kemungkaran dan kedhaliman.

 

 

 

 

 

 

 Jihad dengan diri dalam negara Islam (Jihad Dalaman)

 

        Ramai umat Islam tidak memberi perhatian terhadap jihad ini sehingga terdapat juga ulama yang mendiamkan diri tanpa memberitahu kepentingan jihad dalaman kepada masyarakat walaupun negara mereka bala kemungkaran dan maksiat yang semakin berleluasa.

        Tidak kurang juga golongan yang menyedari kepentingan jihad dalam tetapi bertidkan berdiam diri kerana sikap pengecut yang ada dalam diri mereka dan mereka dibuai dengan keselesaan hidup didunia yang bersifat sementara.

       Walaupun hukum jihad ini mungkin berubah menjadi fardu ain, fardu kifayah, atau sunat, namun tidak menjadi sebab bagi umat Islam meninggalkan dan melupai jihad ini kerana akibat daripada meninggalkan jihad ini terlalu besar pengaruh diantaranya umat Islam akan ditindas oleh golonagn yang dhazim, gejala murta semakin berleluasa, dan  Islam dikenali pada nama sahaja tetapi gaya hidup dan pemikiran mereka dipengaruhi oleh pemikiran Barat.

       Memang tidak dinafikan, peranan imam(pemimpin Negara) melaksana jihad tersebut dengan umat Islam dalam usaha memerangi golongan munafiq, golongan yang berfikiran sekular, golongan yang melakukan kedhaliman dan kefasikan. Tetapi bagaimana sekiranya pemimpin umat Islam yang bernamakan Islam pada pengenalan dirinya melakuakan kedhliman, kefasikan, bersifat dan bercirikan golongan munafiq malah berfikiran sekular?

        Maka jawabnya tidak dapat tidak wajib bagi umat Islam bangkit menentang Imam ataupun melakukan persediaan yang mengikut kemampuan masing-masing bagi menjatuhkan imam tersebut dan menggantikan Imam yang lebih layak iaitu Imam yang siddiq dan ikhlas pada agama Allah dan melaksana syariat Allah.

        Dalam proses menjatuhkan imam yang dhalim dan fasiq tersebut maka perlu dijelaskan disini bahawa cara pelaksanaannya adalah berbeza mengikut tempat contohnya disesetengah tempat perlu mengangkat senjata sebagaimana di Palestin, Iraq, Afghanistan, dan di lain-lain tempat bagi menuntuk kedhliman yang dilakukan oleh Iman yang dhalim dan menjadi . Terdapat juga disesetengah tempat menggunakan pen dan kertas undi sebagai senjata untuk menjatuhkan imam yang dhalim dan berfikiran sekular.

     

            Maka jelaslah bagi kita dengan sejelas-jelasnya jihad ini juga boleh menjadi jihad khas dan pastinya ganjaran disisi Allah cukup besar kerana jihad ini bukan mudah dilaksanakan. Firman Allah dalam surah Al-Taubah ayat 88-89.

 

Oleh itu, menjadi tanggugjawab ke atas setiap individu muslim berjihad dengan tangan  dan diri mereka didalam Negara Islam dalam semua keadaan dan kemampuan yang ada. Sekiranya Imam yang memerintah seorang imam yang bertaqwa kepada Allah dan melaksanakan jihad dalaman ini maka hendaklah kita membantu, tetapi sekiranya mereka cuai hendaklah dinasihati dan digantikan imam yang lain sekiranya imam yang cuai tadi berkeras tidak mahu melaksanakan jihad dalaman secara sempurna.

 

Jihad Dengan Diri Keatas Negara Musuh

 

        Jihad ini dilaksanakan mengikut keperluan, suasana dan keadaan. Sebagaiman  yang dijelaskan oleh Said Hawwa dalm kitabnya Jundullah iaitu kaedah-kaedah dan natijah-natijah jihad ini, diantaranya:

1.      Umat islam dipertanggungjawabkan untuk menyuburkan bumi Allah dengan syariatnya.

2.      Kaedah fiqh:

 

“Sesuatu yang wajib tidak dapat disempurnakan melainkan dengannya(sesuatu yang lain), maka ia (sesuatu yang lain) menjadi wajib.”

      

       Menurut kaedah ini, maka dijelaskan disini matlamat asal jihad diri keatas negara musuh adalah untuk menyuburkan muka bumi ini dengan syariat Allah. Tetapi tidak terlaksana kewajipan tersebut melainkan diiringi dahulu dengan kewajipan yang lain bersamanya iaitu dengan penyatuan ummah, memperkukuhkan ekonomi ummat Islam, serta mewujudkan khalifah yang beriman  dan bertaqwa kepada Allah disetiap negara umat Islam

 

 

 3.5 Jihad Politik (Jihad Politik)

 

         Sebagaimana yang telah jelaskan Im am Said Hawwa dalam kitbnya Jundullah, beliau membahagikan jenis kerajaan yang wujud dimuka bumi ini, iaitu:

 

  1. Kerajaan Islam yang adil: Maka berkewajipan bagi umat Islam member nasihat , berhubung rapat, mempertahankan dan memperkuatkannya daripada serangan musuh-musuhnya, serta menentang musuh-musuh tersebut. Allah berfirman dalam surah An-Nisa’ ayt 59:

  “Taatilah kamu kepada Allah, Rasul, dan pemerintah (Ulul Amri) diantara kamu”

 

  1. Kerajaan Islam yang menyeleweng: Gejala penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan tersebut seperti ketua yang dhalim atau fasiq ataupun menggunakan ketua yang tidak layak dalam pemerinthan. Dalam situasi ini perlu kita melihat keadaan amir tersebut sekiranya amir tersebut mengiktiraf syariat Allah walaupun tidak melaksanakannya secara sempurna dan keadaannya masih lagi menunaikan sembahyang , maka tidak boleh umat Islam memerangi mereka kerana mereka nukan dari golongan kafir tetapi fasiq. Jika kita boleh memecat mereka secara damai maka hendaklah berbuat demikian. Sekiranya mereka tidak iltizam dengan solat dan menafikan hukum Allah maka wajib kita perangi sehingga had dan haq ditegakkan.  

 

  1. Jihad politik dalam Negara kafir : Umat islam tidak mempunyai pilihan lain melainkan melaksanakan jihad didalam Negara orang kafir samaada pemerintah tersebut orang kafir atau orang murtad ataupun penjajah. Sekiranya mereka tidak berupaya berperang maka hendaklah mereka melakukan persiapan bagi yangdiperlukan untuk mendirikan nerajaan Islam. Selagi mereka mengabaikan tanggungjawab mereka maka selagi itulah mereka menanggung dosa kerena mereka mungkin mendedahkan generasi mereka kearah kekufuran.

 

3.6 Jihad Harta (Al-Mal)

 

      Jihad ini menjadi tunjang kepada semua jenis jihad kerana tidakmungkin terlaksana jihad lain melainkan jihad harta. Contohnya jihad ta’lim dan jihad lisan yang memerlukan pencetakan buku, suratkhabar, amphlet, majalah dan sebagainya. Jihad siasi dan jihad diri yang memerlukan harta bagi membiayai para pejuang dan dan menyediakan peralatan yang diperlukan.

      Sesungguhnya jihad yang tidak disertai dengan jihad harta amt sukar dilaksanakan. Hal ini dibuktikan melalui dengan banyak ayat Al-Quran yang menyebut jihad harta dan jihad diri sekaligus. Allah berfirman:

 

“Sesungguhnya Allah membeli daripada orang beriman diri dan harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka”

(surah Al-Taubah: ayat 111)

 

       Oleh itu umat Islam perlu saling melengkapi antara satu sama lain dalam berjihad kerana terdapat golongan yang mampu berjihad dengan harta yang dimiliki sahaja, terdapat golongan yang mampu berjihad melalui diri dan begitu juga dengan jihad-jihad yang lain.

       Maka menjadi tanggungjawab golongan umat Islam yang mempunyai kemampuan dari segi harta membantu saudara-saudara mereka yang berjihad dengan jihad diri, jihad lisan, jihad  jihad ta’lim dan jihad siyasi seperti penyebaran buku-buku agama, menerbitkan makalah, membiayai kursus-kursus agama Islam, dan membiayai guru-guru yang mengajar Agama.

       Termasuk juga dalam jihad harta dengan mengeluarkan zakat kerana wang zakat digunakan untuk membantu umat Islam yang berada pada jalan Allah seperti penuntut ilmu, guru yang mengajar ilmu Islam juga kepada golongan yang berhutang.

 

6.0 Penghayatan Konsep Jihad Dalam Kontek Pembangunan Ummah

      

6.1 Penghayatan Konsep Jihad Dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam

 

Ekonomi merupakan satu faktor yang sangat penting dalam pembangunan masyarakat dan Negara.  Pembangunan dalam sesebuah Negara tidak akan tercapai melain keseimbangan ekonomi dalam sesebuah Negara.

Walau bagaimanpun kita melihat banyak Negara yang mengunakan sistem ekonomi barat untuk memajukan ekonomi mereka tanpa memikirkan secara mendalam apakah sistem yang diperkenalkan dapat menyelesaikan krisis ekonomi yang berlaku dan sekaligus memajukan ekonomi Negara mereka. Malahan terdapat banyak Negara yang diperintahi oleh pemimpin Islam sanggup menggunakan sistem ekonomi barat seperti kapitalis, sosialis, dan komunis dalam memperkukuhkan kedudukan ekonomi mereka, akibatnya kita melihat kemelesetan dan kemerosotan ekonomi yang berlaku disetiap Negara yang menggunakan sistem ekonomi barat. Kemelesetan ini seterusnya menimbulkan pelbagai masalah sosial dan memberi kesan kepada  politik dalam Negara tersebut seperti berlakunya rusuhan pekerja disebabkan premis-premis dan firma-firma tidak dapat meneruskan kegitan perniagaan disebabkan kekurangan modal dan kegagalan untuk membayar gaji pekerja, berlakunya kecurian dan rompakan yang akhirnya membawa kepada pembunuhan dan sebagainya, kegagalan kerajaan dalam memberikan perkhidmatan dan kebajikan kepada masyarakat sehinggakan masyarakat hilang kepercayaan terhadap pemerintah.          

     

   Kita menyaksikan dunia Barat mengalami beberapa krisis dan keruntuhan ekonomi yang merudum iaitu The Great Depression 1929, The Black October 1987 dan Krisis Asia 1997/98.begitu juga kita nyaksikan sejarah bagaimana keruntuhan kerajaann Otmaniah Turki, kejatuhan empayar Otmaniah Turki pada awal 1900-an juga berpunca dari penggunaan wang kertas bagi menggantikan dinar emas akibat kerajaannya beerhutang dengan pemodal-pemodal elit Yahudi seperti Rothschild, Morgan dan bank-bank British dan Perancis.

    

Keadaan ini adalah berbeza dengan ekonomi yang diianjurkan dalam Islam yang berteraskan wahyu Allah dan pastinya kepentingan dan hikmah disebalik ekonomi yang dianjurkan oleh Islam menjangkaui kemampuan akal manusia untuk memikirkannya kerana akal manusia memang bersifat lemah dan pemikiran manusia boleh berubah dalam situasi tertentu. Maka Islam menganjurkan satu sistem yang direka oleh Pencipta yang Maha Agung yang mencipta manusia dan alam dan pastinya Pencipta ini tahu apa yang dikehendaki oleh barang yang diciptanya., sebagai analogi pembuat kereta pasti tahu macam mana untuk mengunakan kereta yang diciptanya dan apa yang diperlukan oleh kereta tersebut.

   

 Sistem yang dianjurkan dalam Islam ini menjauhkan manusia daripada sebarang kemudharatan yang menimpa umat seterusnya menjamin kebahagian kehidupan di dunia dan akhirat. Contohnya Islam mengharamkan jualbeli beberapa bentuk  harta kekayaan seperti khamar dan khinzir, mengharamkan pemanfaatan dan penyewaan beberapa tenaga manusia seperti dansa dan perlacuran.

 

Pengharaman minuman keras kerana sebagai seorang muslim percaya bahawa barang tersebut bukanlah barang ekonomi. Begitu juga Islam mengharamkan riba sebagai barang ekonomi baik kepada muslim mahupun bukan muslim dan mewujudkan baitulmal bagi memastikan kebajikan umat terjamin melalui pengenaan zakat kepada umat Islam, jizyah dan kharaj kepada bukan Islam. Islam menganjurkan umatnya agar berusaha dan berkerja dengan bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki asalkan rezeki itu halal.

 

Maka jihad yang ingin diutarakan disini ialah jihad umat Islam dalam mengembalikan sistem ekonomi Islam dalam mengganti sistem ekonomi barat yang dangkal dan cacat sebagaimana yang telah terbukti kesan pelaksanaannya dikebanyakan Negara. Dengan tertegaknya sistem ekonomi Islam maka segala gerak kerja dalam melaksanakan jihad yang lain menjadi mudah dan diberkati kerana sumbernya yang halal. Kita juga melihat kesannya iaitu umat Islam berada dalam keadaan yang teguh ekonominya dan kadar kemiskinan yang menimpa umat Islam semakin menurun dan sifar dengan keizinan Allah. 

   

 6.2 Penghayatan konsep jihad dalam pembangunan pendidikan umat islam.

       Penekanan terhadap pendidikan anak-anak khususnya pendidikan bagi umat Islam supaya hidup dengan nilai-nilai kebaikan, spiritual, dan moral semakin dilupai oleh umat Islam pada masa kini. Keadaan ini menyebabkan, umat Islam tidak menguasai dan memahami dengan sebenar-benarnya ajaran Islam.

       Kebanyakan institusi pendidikan pada masa kini sama ada pendidikan awal atau  institusi pengajian tinggi hanya berusaha untuk melahirkan individu pragmatis yang bekerja untuk meraih kejayaan material dan profesion sosial yang akan memakmurkan diri, masyarakat dan Negara tanpa berhubung rapat dengan kehidupan selepas mati. Memang tidak dinafikan,  institusi pendidikan sebegini sememangnya  Berjaya melahirkan individu yang dapat memberi produktiviti kepada Negara dari segi material namun kebanyakannya tidak mempunyai adab –adab yang tinggi terhadap penciptanya dan makluk lain.

       Keadaan ini disebabkan pendidikan pada waktu kini telah dipengaruhi oleh sistem pendidikan sekular yang hanya menekan pendidikan duniawi semata- mata manakala pendidikan ukhrawi(pendidikan agama) diabaikan. Sebenarnya, agama islam memiliki tujuan yang lebih komprehensif jika dibandingkan dengan sistem pendidikan sekular yang semata mata menghasilkan para anak didik yang memiliki paradigma  yang pragmatis. Islam sebenarnya tidak melarang umatnya menuntut ilmu duniawi  tetapi jangan terlalu mengejar ilmu tersebut sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka untuk menuntut ilmu fardu ain iaitu ilmu agama.

        Sepatutnya, ilmu-ilmu lain perlu dimasukan unsur-unsur Islam dalam setiap bidang ilmu pengetahuan seperti penerapan pendidikan Sains berlandaskan wahyu Allah iaitu Al-Quran dan As- Sunnah. Begitu juga dengan ilmu-ilmu yang lain seperti geografi,matematik,ekonomi dan sebagainya dengan kata lain setiap ilmu yang dipelajari perlu dikaitkan dengan kebesaran Allah, menjadi bukti kebenaran agama Islam seterusnya meningkatkan keimanan dan keyakinan umat islam terhadap ajaran agama.

        Maka inilah jihad dalam pendidikan yang dituntut dalam Islam pada waktu ini iaitu dengan melakukan perubahan dalam kurikulum  di setiap negara yang mengunakan pendidikan secular-liberal yang menyaksiakan kepada kita ketidakberkesanan sistem pendidikan tersebut. Dengan perubahan kurikulum, lingkungan belajar yang deeni kemantapan misi, visi dan tujuan pendidikan dalam Islam, maka institusi-institusi pendidikan islam dapat membentuk individu yang benar-benar  memahami  dan menghayati prisip-prinsip dalam Islam dalam kehidupan mereka

       Pendidikan Islam juga akhirnya dapat melahirkan individu yang menyedari tanggungjawabnya terhadap pencipta dan melaksanakan kewajipannya terhadap diri masyarakat dan Negara. 

 

6.3 Penghayatan konsep jihad dalam konteks pembangunan sosial ummah.

 

        Umat Islam pada waktu ini, telah dilekakan oleh gejala hiburan dan keseronokkan hidup yang melampau. Mereka lupa tujuan mereka hidup di dunia dan tanggungjawab mereka terhadap agama. Gejala hiburan yang melampau ini dikenali sebagai budaya hedonisme. Menurut kamus dewan hedonisme ialah pegangan hidup yang mementingkan keseronokan  dan kesenangan hidup.  Golongan yang diserang penyakit hedonisme beranggapan bahawa sesuatu perbuatan yang baikakan mendatangkan kelazatan dan kenikmatan. Ini jugaadalah tujuan akhir hidup mereka.

        Jika diteliti hedonism merupakan salah satu cabang fahaman sekularisme yang menimpa umat pada  waktu ini. Hal ini sedikit sebanyak bertepatan dengan matlamat sekularisme yang ingin membebaskan manusia dadipada unsur ketuhanan. Konsep hedonisme adalah satu konsep yang salah dan bercanggah dengan ajaran agama kedaan ini bibukti dengan pandangan dua individu terhadap permasalahan pembunuhan. Seorang individu mengata pembunuhan adalah satu yang menyeronokkan bagi dirinya seorang individu lagi mengatakan pembunuhan suatu yang menakutkan.

        Hal ini jelas bahawa budaya hedonisme amat bertentangan dengan akidah umat islam kerana budaya hidonisme mementingkan kebebasan berfikir manakala akidah Islam menjadikan A-Quran danAs-Sunnah sebagai paksi pemikiran.

        Islam tidak menghalang umatnya berseronok dan dan berhibur tetapi  perlunya seseorang individu itu sedar bahawa hiburan yang diminati itu tidak menyebabkan diri mereka lalai daripada melaksanakan kewajipan sebagai individu muslim dan hiburan yang digariskan oleh Islam adalah tidak melampau sehingga melanggar batas yang telah ditetapkan oleh syarak seperti nyayian yang menggagungkan makhluk daripada tuhan, hiburan yang menggambarkan imej yang mendedahkan aurat,  hiburan seperti cerita-cerita yang menghina Islam dan sebagainya. Semua hiburan yang telah dinyatakan tersebut bukan sahaja member kesan yang buruk kepada fizikal dan perlakuan individu malah memberi kesan kepada iktiqad atau akidah mereka.

        Kita melihat gejala hedonisme telah lama menular dalam diri umat Islam malah menyebabkan berlakunya krisis-krisis akidah dan kemaksiatan kepada Allah seperti gejala murtad, meminum arak, berjudi dan kelab tari menari.

        Maka menjadi tanggungjawab bagi umat Islam disemua peringkat untuk bangkit berjihad untuk membersihkan pemikiran umat Islam pada masa kini daripada budaya hedonisme dan menerangkan konsep hiburan yang digariskan dalam Islam . Sebagai contoh agensi kerajaan berperanan mengadakan program-program keagamaan dengan menjadikan hiburan Islam sebagai altenatif menarik minat mereka mendekati ajaran agama dan memahaminya, dan mengenakan hukuman yang berat kepada golongan yang menjalankan aktiviti hiburan yang melanggar batas syara’. Begitu juga kepada pihak pentadbiran di seluruh istitusi pendidikan dan guru-guru disekolah memainkan peranan jihad ta’lim iaitu menerangkan tentang ajaran agama yang tidak mengongkong umatnya tetapi memandu umatnya agar mengikuti saluran yang betul dalam setiap pekerjaan yang dilakukan supaya mencapai kebahagian hidup di dunia dan akhirat.

. 

         Masyarakat sekitar juga berperanan dalam mencegah segala aktiviti yang melalaikan kehidupan umat Islam dan golongan yang berpendidikan agama berani tampil di masjid-masjid dan surau-surau untuk mengadakan majlis ilmu disana dan mempergiatkannya.

 

        Daripada usaha jihad yang dilakukan maka kita dapat menyaksikan keunggulan Islam dalam segala aspek seperti cara bermuamalat antara lelaki dan perempuan, gejala sosial seperti penzinaan dan pembuangan bayi tidak lagi berlaku, umat Islam menguasai pelbagai disiplin ilmu seperti ilmu sains, sosial, politik dan sebagainya kerana mereka tidak dilalaikan dengan keseronokan hidup didunia.

  

 6.4  Penghayatan Konsep Jihad Dalam Konteks Pembangunan Politik Umat Islam

 

       Terdapat sebahagian umat islam pada hari ini memandang bahawa politik merupakan sesuatu yang kotor dan buruk . pandangan yang tidak berasas ini dan jumud ini disebabkan oleh kejahilan diri mereka berkenaan dengan politik serta propaganda-propaganda yang dilemparkan oleh sebahagian masyarakat serta hasil pemerhatian mereka terhadap suasana politik yang berlaku disekitar mereka.

       Suasana yang berlaku pada hari ini berlaku pada hari ini memperlihatkan betapa ghairahnya golongan tertentu untuk memperolehi kedudukan dan kuasa. Keadaan ini juga menjadsi semakin teruk apabila digunakan istilah  demokrasi yang diperkenalkan oleh Barat yang kononnya lebih ideal disebalik istilah yang lunak didengar.

      Terdapat juga sebahagian golongan yang terlibat dengan politik mempergunakan agama untuk meraih kedudukan dalam masyarakat. Tidak kurang juga golongan yang memperjuangkan parti mereka atas dasar ketuanan sesuatu bangsa, memperjuangkan parti yang memperjuangkan ideologi sekular sama ada mereka menyedarinya ataupun tidak.

Golongan yang ta’sub dan fanatic dengan kumpulan politik masing-masing menyebabkan mereka berusaha mempertahankan pendapat mereka walaupun bercanggah dengan ajran agama. Keadaan ini bertambah buruk apabila mereka yang terdiri daripada golongan umat Islam sanggup menghukum seseorang yang berlainan parti dengan mereka sebagai seorang kafir lantaran mempertahankan ideology masing-masing.

Perpecahan yang berlaku dalam komuniti umat Islam disebabkan pertelingkahan yang berlaku antara parti-parti politik akhirnya menuntut mereka mencari satu titik persefahaman dalam menentukan jalan mana yang harus mereka ikuti agar mencpai kebahagiaan hidupmereka samaada didunia mahupun diakhirat. Maka tidak akan dapat ditemui jalannya melainkan mereka kembali kepada ajaran agama Islam yang sebenar yang termaktub dalam kitabullah(Al-Quran) dan sunnah Rasulullah SAW(Hadis) yang dapat menyatukan umat manusia sejagat. Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 59:

 

“wahai orang-orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasulullah dan ‘ulil Amri’(orang-orang berkuasa) dari kalangan kamu. Sekiranya kamu berselisih dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu kembali kepada Allah (A-Quran) dan Rasul(Sunnah Rasulullah SAW) jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik dan lebih elok kesudahannya.”   

     

Allah,  Tuhan Semesta Alam yang mencipta manusia dengan tanpa sedikit kesusahan bagiNya. Sudah pasti seorang pencipta lebih mengetahui apa yang dikehendaki oleh barang yang diciptanya sebagaiman pencipta kenderaan sudah pasti apa yang diperlukan oleh kenderaan tersebut bangi membolehkan kenderaan tersebut memainkan peranannya. Maka Allah SWT, menurunkan Al-Quran dan menutuskan Rasul sebagai panduan hidup manusia.

Manusia harus mengikuti segala apa yang diperintah kan oleh Allah agr hidupmereka tidak terjerumus ke lembah kebinasaan. Mereka perlu mengikuti segalaperintah Allah dalam setiap aspek kehidupan seperti muamalat, jinayah, sosial, ekonomi dan sebagainya yang merangkumi segala aspek lapangan hidup termasuklah dalam berpolitik.

Maka wajib umat Islam pada hari ini menurut politik yang ditunjukkan oleh Islam bagi merialisasikan impian mendirikan kerajaan Islam yang diperintah oleh pemeritah yang adil dan sanggup melaksanakan syariat Allah dimuka bumi ini agar masyarakat mencapai kebahagian dalam hidup mereka. Kebahagiaan dan terbelanya keadialan dalam masyarakat ini telah terbukti sejak daripada pemerintahan yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW, para sahabat Baginda dan khalifah-khalifah selepasnya sehingga jatuh kerajaan Turki Uthmaniah. Maka inilah jihad yang dituntut oleh Islam dalam jihad politik iaitu berusaha mengebalikan khalifah Islamiah yang memerintah dunia dengan adil dan menurut syariat Allah. Perlu juga dijelaskan juga bahawa  matlamat khalifah Allah bukan sahaja untuk melaksanakan syariat Allah sepertimana yang diperjelaskan oleh ulama tetapi juga bertujuan untuk memelihara agama Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: