Komputer Dalam Pendidikan

islamic5-full

TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKIDAH DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

PENDAHULUAN

Islam menggesa dan menggalakkan umatnya menuntut ilmu , sebagaimana dalam firman Allah s.w.t

dalam surah al-Alaq ayat 1-5 yang bermaksud:

 

“ Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan Dia menciptakan manusia dan  Alaq. Bacalah  dan Tuhanmu yana maha pemurah, yang mengajar  manusia dgn pena, mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya”

 

DEFINASI

 

TEKNOLOGI  ICT :

penggunaan teknologi berbentuk elektronik  bagi tujuan menyimpan,memproses dan menyampaikan maklumat.

 

KAMUS DEWAN: Mengikut Kamus Dewan edisi yang keempat, ICT merupakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

 

arrahmah-07

AKIDAH:

Bidang teori yang perlu dipercayai terlebih dahulu sebelum  yang lain-lain. Kepercayaan itu hendaklah

penuh,tiada bercampur dengan syak, ragu dan kesamaran.(Professor Dr. Syeikh Mahmud Shaltut, 1984).

 

Rukun agama yang menjadi asas kepada keimanan yang diyakini. Akidah termasuk dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Islamadalah satu matapelajaran yang wajib dipelajari bagi semua pelajar

beragama Islam bermula daripada sekolah rendah hingga menengah dan merupakan subjek teras yang wajib diduduki dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 

SISTEM PENDIDIKAN MENENGAH

 

TERBAHAGI KEPADA  3 PERINGKAT:

 

1.       Pendidikan Menengah Rendah,

2.       Pendidikan Menengah atas

3.       Pendidikan Menengah Tinggi.

 

(Sufean Hussin, 2004)

 

Pendidikan Islam :

 

Proses mendidik dan melatih akal, jasmani dan roh manusia berasaskan nilai-nilai Islamiyah  bersumberkan Al-Qurandan Sunnah untuk melahirkan manusia yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah semata-mata.

 

Metodologi Pendidikan Islam :

Himpunan kaedah, teknik, cara, gaya dan strategi yang digunakanoleh guru dalam menyampaikan isi

pengajaran agar ia mudah difahami dan dihayati oleh murid-murid. ( Ahmad Mohd Salleh (2004)

 

PERANAN PENGGUNAAN ICT

 

q  Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan guru dan pelajar

q  Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.

q  Meningkatkan motivasi guru dan pelajar.

q  Membolehkan guru mengakses maklumat yang sukar diperolehi.

q  Membolehkan guru mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.

q  Membolehkan pelajar mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana                dengan cara biasa. Meningkat daya kreativiti dan imaginasi guru dan pelajar.

q  Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum

 

ASPEK UTAMA TEKNOLOGI

 

o   PEDAGOGI.

Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal.

 

o   KURIKULUM.

Kurikulum ialah isi kandungan matapelajaran yang hendak di ajar iaitu merangkumi kemahiran membaca, memahami, menghafaz ayat-ayat al-Quran dan menghayati serta mengamalkann isi kandungan dalam amalan kehidupan harian.

 

BAHAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

 

Bahan p&p penting dalam mewujudkan pembelajaran berkesan. Teknologi merupakan salah satu bahan p&p yang boleh di integrasikan dalam bilik darjah, contohnya menggunakan power point dan video dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

 

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan

 

*      Faktor teknikal

Untuk membolehka kita berkomunikasi dengan komputer secara berkesan, kita mesti mengetahui bahasa pengaturcaraan

*      Faktor Perisian

Dengan menggunakan komputer mikro yang meluas, harga perkakasan semakin menurun dan keupayaan komputer semakin bertambah, perisian pendidikan yang sesuai masih tidak mencukupi

 

ANTARA KEBAIKAN MENGGUNAKAN ICT (BORK 1985)

 

*      Pelajar berminat menggunakan ICT

*      Individualisasi  dan  Interaksi

*      Mempercepat proses pengajaran dan  meningkatkan kefahaman dalam pencarian maklumat

*      Audiovisual

 

KEBERKESANAN BERBANTU KOMPUTER

 

*      Pencapaian pelajar meningkat

*      Menggalakkan pelajar dan ibu bapa memperolehi pencapaian yang lebih baik

*      Memberi keputusan pencapaian yang lebih pantas dan pelajar dapat menilai sendiri dan memperbaikinya

*      Mewujudkan pembelajaran lebih menarik, memuaskan dan memberikan ganjaran berbaloi kepada guru dan pelajar

*      Pelajar memiliki sikap positif terhadap pembelajaran berbantu komputer melalui kekerapan kehadiran, lebih menumpukan perhatian dan menambah motivasi.

*      Dapat mengekalkan maklumat belum diketahui

*      Memberi kelebihan bagi sesetengah pelajar yang lemah

*      Latihan dan latih tubi

 

KELEBIHAN MENGGUNAKAN ICT

 

          Dapat mengindividukan pembelajaran

          Murid belajar mengikut kemampuan sendiri

          Meningkatkan motivasi

          Boleh belajar tanpa penyeliaan atau penyeliaan yang minimum

 

Kelebihan Mengguna ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan

 

*      Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran

*      Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing

*      Menerangkan bagaimana mengguna ICT sebagai alat aplikasi

*      Melaksana aktiviti p&p yang mengguna ICT sebagai alat aplikasi

*      Merancang aktiviti p&p mengguna ICT sebagai alat aplikasi

 

Kelebihan Mengguna ICT Sebagai Alat Aplikasi

 

*      Murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik

*      Guru boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda pelajar

*      Murid dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran

*      Penyaluran input-input islam atau nilai-nilai murni dalam membentuk  JERI dalam membentuk  akidah pelajar

*      Meningkatkan  dakwah islamiah dikalangan pelajar dan masyarakat

*      Pengaliran dakwah yang berkesan dalam penyampaian multimedia

 

Kelebihan Guna ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi

 

*      Boleh melaksana pembelajaran kolaboratif

*      Tingkat penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global.

*      Boleh melibat pakar di dalam dan luar negeri dalam proses pembelajaran

 

KESIMPULAN

Perubahan dalam metodologi pengajaran Pendidikan Islam perlu dilaksanakan oleh GPI bagi memastikan hasrat Falsafah dan Matlamat Pendidikan Islam tercapat. Dengan itu GPI perlu lebih berani mempraktikkan TMK dalam pengajaran mereka. Walaupun berbagai alasan diberi untuk menolak penggunaan teknologi ini, tidak dapat dinafikan bahawa aplikasi TMK dalam sistem pendidikan sedang bergerak pesat di seluruh dunia. Sikap GPI dalam menerima anjakan paradigma ini adalah penting bagi memastikan P&P Pendidikan Islam bukan sahaja diminati dan dirasai oleh murid tetapi yang lebih penting apabila ianya menimbulkan kesan dan penghayatan dalam kehidupan mereka.

wallpaper1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: